suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reza Rahadian teruja dapat berlakon di Malaysia, harap boleh eratkan hubungan dengan Indonesia

PELAKON Indonesia, Reza Rahadian memberitahu dia terbuka untuk mengembangkan kerjaya seninya di Malaysia jika menerima tawaran dan peluang yang bersesuaian selepas ini.

Reza atau Reza Rahadian Matulessy berkata, penglibatannya dalam filem Langit Dua Warna arahan dan terbitan Erma Fatima itu menjadi pengalaman pertama baginya untuk bekerjasama dengan produksi Malaysia.

Jelasnya, kerjasama tersebut juga menjadi satu usaha positif dalam mengeratkan hubungan industri hiburan antara Malaysia dan Indonesia.

"Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan produksi di Malaysia dan saya dilamar oleh Erma Fatima untuk berlakon dalam filem Langit Dua Warna.

"Saya rasa jalinan ini sangat bagus untuk dua negara bagi menguatkan lagi hubungan dan juga dapat perluaskan lagi jalinan industri hiburan Malaysia dan Indonesia.

"Saya syukur sebab dapat layanan yang baik di sini dan kalau ada peluang memang nak sangat lebarkan karier saya di Malaysia... masih menunggu peluang lain kalau ada," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi