Ada segelintir lelaki yang sukar meninggalkan hobi ketika bujang sehingga menyebabkan mereka kurang bersedia untuk berumah tangga. -Gambar hiasan AI
MENDIRIKAN rumah tangga bukan sekadar tentang perasaan cinta tetapi pasangan perlu bersiap sedia dari segi mental, emosi serta komitmen memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.Justeru, soal perkahwinan bukan perkara yang boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila merasakan diri belum cukup melakukan persediaan. Demikian juga kisah seorang wanita ini yang tawar hati untuk meneruskan hubungan dengan kekasihnya selepas secara tidak sengaja terdengar perbualan lelaki itu bersama rakan-rakannya."Tengah on call dengan teman lelaki. Dia tengah main game dekat rumah dengan kawan-kawan dia."Lepas tu terdengar dia cakap, rasa macam tak nak kawin pun. Sekarang pun macam ini lagi selesa. Kahwin dengan tak kahwin pun sama ja.Bukan mudah buat seseorang untuk melupakan kenangan pahit akibat cinta yang tak kesampaian. -Gambar hiasan AI"Dia tak sedar aku dengar semua apa yang dia cakap. Dia ingat dia tengah muted call kot," kongsinya dalam hantaran di Threads.Menurut wanita itu, perkara itu membuatkan dia tersedar dan merasakan tiada guna menghabiskan masa menunggu jika pasangannya sendiri tidak mempunyai niat berkahwin.ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘boyfriend material’ tapi terfikir nak putus, wanita terganggu sejarah hitam kekasihARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun ‘berkepit’ tanpa dugaan, akhirnya putus selepas bertunang... Gadis ini derita alami ‘relapse’ - “Saya meroyan cari bekas tunang”Apa lebih membuatkan dia kecewa, dia sudah menghabiskan masa selama tiga tahun membina hubungan bersama teman lelaki dan ia bukan jangka masa singkat."Sekarang ini buat apa habiskan masa aku tiga tahun kalau tak nak kahwin dengan aku? Aku pun tak nak kahwin dengan kau la."Sekarang dalam fasa nak break sebab sudah tawar hati," tambahnya.Seorang wanita tawar hati meneruskan hubungan selepas terdengar teman lelaki mengaku tidak mahu berkahwin.Lelaki itu dikatakan lebih selesa menjalani kehidupan bujang berbanding mendirikan rumah tangga.Wanita tersebut kecewa kerana sudah tiga tahun menjalinkan hubungan tetapi tiada kepastian.Dia kini dalam pertimbangan untuk memutuskan hubungan kerana hilang kepercayaan.Netizen menyokong keputusannya dan menasihatkan agar tidak membuang masa dengan lelaki yang belum bersedia berkahwin.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong keputusannya untuk putus dan menasihatinya agar tidak terus membuang masa dengan seseorang yang belum bersedia mendirikan rumah tangga.Malah, ada berpendapat lebih baik hubungan tersebut ditamatkan lebih awal daripada terus bertahan dalam ketidakpastian sehingga akhirnya lebih sukar untuk membuat keputusan. "Betul, sakit kalau jumpa lelaki macam ini. Kalaulah boleh undur masa jangan cari lelaki yang kaki main game. "Bercinta lama-lama pun tak guna kalau lelaki tak fikir masa depan," demikian komen netizen.