suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wawa Zainal luluh tengok rakaman anak sulung dibuli, mohon maaf sering abai luahan Attar

Wawa sebak lihat rakaman CCTV Attar dibuli.

HATI pelakon Wawa Zainal remuk apabila mengetahui anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar, dipercayai menjadi mangsa buli ketika berada di sekolah.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, berkata dia akhirnya mengetahui perkara sebenar selepas melihat sendiri rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berkenaan.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan dan guru-guru kerana mengambil tindakan pantas dan memandang serius isu buli yang melibatkan anak kita.

Wawa kesal dengan kejadian menimpa anaknya.

“Bila tengok semula rakaman CCTV, sebagai seorang ibu, luluh hati melihat apa yang anak sendiri lalui di sekolah,” luahnya menerusi hantaran di Threads.

Dalam masa sama, Wawa turut memohon maaf kepada Attar kerana sebelum ini sering mengabaikan luahan anaknya yang beberapa kali mengadu dipulas tangan dan ditumbuk oleh rakan.

Jelas Wawa, dia sebelum ini menganggap perbuatan tersebut sebagai gurauan dan mahu anaknya menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ditumbuk, tangan dipulas rakan sekolah – Wawa Zainal tak boleh lagi berdiam diri

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal tiada impian besar, hanya mahu tambah nilai zakat…“Bukan nak riak, tapi semua sudah dapat"

“Kepada Attar anak mama, mama minta maaf! Maafkan mama kerana sebelum ini tidak mengambil tindakan selanjutnya setiap kali abang bercerita selalu dipulas dan ditumbuk manja oleh kawan.

“Konon nak jadikan abang kuat untuk menghadapi kerasnya dunia! Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua, termasuk diri saya sendiri sebagai ibu bapa,” ujarnya.

Pada masa sama, Wawa berharap ibu bapa lebih peka terhadap setiap luahan anak-anak selain memastikan mereka tidak menjadi mangsa mahupun pelaku buli.

Wawa dan Aeril mempunyai empat orang cahaya mata bersama.

Katanya, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mengenai kepentingan empati, menghormati orang lain serta memahami batas ketika bergurau.

"Sama-sama kita lebih peka, mendengar dan memantau anak-anak. Bukan mangsa sahaja memastikan anak kita tidak menjadi buli, tetapi juga memastikan anak kita tidak menjadi pelaku buli. Didiklah anak-anak tentang empati, menghormati orang lain dan memahami batas dalam bergurau.

“Apa yang dianggap gurauan oleh seseorang kadang-kadang sebenarnya sudah melebihi batas!

"Semoga ibu bapa dan pihak sekolah terus berganding bahu dalam membentuk budaya membanteras buli serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita. Setiap kanak-kanak berhak berasa selamat, dihormati dan dilindungi di sekolah,” katanya.

Sebelum ini, Wawa berkongsi mengenai anaknya yang didakwa menjadi mangsa perbuatan kasar rakan sekelas apabila sering mengadu ditumbuk dan dipulas tangannya.

Artikel Lain